Minggu lepas Aiman demam, ponteng sekolah 3 hari. Minggu ni demam dah kurang tapi ada batuk dan selsema. Adiknya pun ada tanda batuk dan selsema.Ashraf telah diberi surat arahan oleh sekolah untuk berada dirumah selama 7 hari. Semalam bawa Aiman dan Atirah ke Hospital untuk diagnosis H1N1. Sampai HTAA pukul 11am, selepas saringan pertama kena pulak tunggu saringan kedua. Pukul 2.30pm baru boleh balik rumah. Nasib baik cuma demam biasa je..Semoga dijauhi dari H1N1.
Kepada yang rasanya dirinya batuk dan selsema..minta tolonglah pakai mask. Kita tak tahu diri kita ada H1N1 atau tidak, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko jangkitan. Sebolehnya elakan dari berada di tempat awam.